Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menegaskan badan kehakiman perlu ditegur dan disemak imbang apabila ia dilihat tidak adil.

Malah, tegasnya, beliau memang dari dulu mengkritik dan menegur badan kehakiman.

Isham berkata, apabila badan kehakiman itu dilihat tidak adil, rakyat tidak akan percaya kepada badan kehakiman.

“Apabila rakyat was-was dengan badan kehakiman, ia akan menyukarkan penegakkan keadilan dan pematuhan undang-undang dan boleh membawa kepada kekucar-kaciran dan anarki.

“Kita perlu menegakkan keadilan terutama kepada orang yang teraniaya walaupun orang yang teraniaya itu adalah musuh kita,” kata Isham yang menjawab dakwaan Khairy Jamaluddin.

Semalam, Khairy Jamaluddin mendakwa Isham dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai individu yang mempertikai, meremehkan dan menyerang badan kehakiman negara.

Ia susulan cadangan Isham supaya menubuhkan tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Zaid dalam kenyataannya pula menyifatkan UMNO tidak serius menuntut pengampunan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak membuat sebarang usaha untuk meyakinkan orang awam mengenai pengampunan diraja itu.

Khairy menyifatkan kenyataan-kenyataan tersebut sebagai serangan terhadap badan kehakiman.

“Apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa ini tidak menjadi masalah, habislah cerita di situ. Kenapa perlu ada serangan bertubi-tubi terhadap institusi kehakiman negara kita, mempertikaikan, meremehkan kehakiman kita?

“Isunya adalah dinamika dalaman UMNO, yang mana sudah jadi menteri lupakan ‘Bossku’, tetapi masih ada lagi pejuang-pejuang ‘Bossku’,” katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap.

Pada 19 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan Mohd Nazlan berhubung kes rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan ketika mengendalikan perbicaraan Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut dipersetujui pihak Jabatan Peguam Negara. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mungkin ada baik, jika si Isham Jalil jadi ketua hakim/peguam negara???..asyik komplen semua tindakan hakim² tidak betul..macam dia saja betul???..atau mau jadi ‘hero’ popularkan diri sendiri sebagai pejuang keadilan???..kepala otak haprak.. bikin malu negara Malaysia.

Comments are closed.