drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah menangkap seorang lelaki tempatan di Alor Setar Kedah kerana memuat naik dan berkongsi hantaran yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja menerusi Facebook JDT Fans Club.

Turut dirampas sebuah telefon bimbit bersama satu kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

Lelaki berusi 28 tahun ini sudah direman mulai hari ini hingga 26 Jun 2023, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit aman di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – MalaysiaGazette