Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2023.

SHAH ALAM – “Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kita boleh lupakan sebentar beberapa perbezaan yang lalu.”

Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap di Pelancaran Jentera Pilihan Raya pakatan berkenaan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam ini. 

Katanya, kesepaduan di antara satu sama lain penting demi memastikan negeri tersebut dapat dipertahankan.

“Kita boleh lupakan sebentar beberapa perbedaan yang lalu kerana yang penting sekarang bersatu padu, berpakat pulihkan negara yang dirosakkan Langkah Sheraton,” katanya.

Amirudin berkata, Perikatan Nasional (PN) kini sedang rancak menabur fitnah di negeri tersebut menjelang PRN tidak lama lagi.

Sehubungan itu katanya, penting untuk jentera PH mengambil peranan memberi penjelasan kepada rakyat Selangor demi membalas serangan yang dibuat oleh PN.

“Saya percaya kalau kita terangkan, jelaskan kepada rakyat insya Allah dua pertiga  majoriti kita pertahankan dalam PRN ini.

“Dia (PN) tau bila dia serang fakta kita boleh jawab dengan fakta, sebab itu dia serang dengan fitnah.

“Sebab itu saudara saudari, malam ini adalah malam untuk orang Selangor menanam tekad pertahankan diri kita, pertahankan dari orang yang kerjanya memecah-belah nak marakkan api supaya dapat keuntungan politik,” tegas beliau.

Mengulas lanjut Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, negeri berkenaan perlu kekal di bawah pentadbiran PH demi kebaikan penduduk dan kemakmuran yang berpanjangan.

“Satu-satunya kerajaan yang gagal adalah kerajaan yangg dipimpin Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sebab itu kita mahu Selangor dipertahankan bukan untuk saya tapi untuk teruskan kecemerlangan dan kemakmuran,” tambahnya lagi.

Sebagai rekod, hari ini PN melancarkan jenteranya di Selangor sebagai persediaan menghadapi PRN tidak lama lagi selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) secara rasmi bubar pada 23 Jun baru-baru ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. akarumbi UMNO baca dengan teliti Amirudin Shari PKR SELANGOR kata “LUPAKAN SEMENTARA” Kes ZAHID HAMIDI yang Menyamun dan Minta RASUAH serta Penipu rakyat Malaysia terutama MELAYU hanya untuk menang PRN SELANGOR.
    akarumbi UMNO yang tak faham perlu tanya anak-anak atau cucu samada sekolah Rendah, Menengah atau Kolej University kerana mereka telah melihat KEROSAKAN BESAR dilakukan ZAHID HAMIDI dan beberapa kerat Ahli Kumpulan dia….. lihat Saban hari PASTI ada DAP PKR HINA UMNO sebagai BEBAN dan PENYAKIT yang berbahaya.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.