Lim Kit Siang.- foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mencadangkan supaya satu kod etika digunapakai oleh parti dan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Kod etika berkenakan bagi memastikan calon dan parti terbabit berkempen secara bersih dan tidak dicemari dengan unsur negatif seperti perkauman dan fitnah.

“Adakah semua parti-parti dan calon-calon yang bakal bertanding bersedia untuk mencapai persetujuan untuk satu Kod Etika dalam kempen pilihan raya negeri yang akal datang ini.

“Untuk menolak penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dan bersetuju dengan satu mekanisme di mana penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian ini dapat dibongkar dan dikecam segera?” soalnya.

Sementara itu, Kit Siang berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berhadapan cabaran bagi memastkan kempen pilihan raya tidak dicemari.

“Atas sebab ini saya puji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana meminta Ketua Polis Negara yang baru, Razarudin Husain, dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menumpukan usaha dalam mengatasi masalah ucapan kebencian yang menyentuh isu-isu perkauman, agama dan raja-raja.

“Kepada dua pegawai tertinggi polis yang baru ini, cabaran terbesar mereka buat masa ini adalah untuk memastikan enam pilihan raya negeri yang akan datang ini tidak dicemari oleh penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian,” katanya.

Beberapa negeri telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing bagi memberi laluan pilihan raya diadakan.

Banyak pihak menjangkakan pilihan raya negeri di Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan diadakan serentak pada bulan Ogos nanti.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast