Jadon Sancho. Foto The Mirror.

LONDON – Seramai 13 pemain Manchester United berada dalam senarai untuk dijualĀ  dengan harapan kelab itu dapat meraih sehingga 100 juta pound (RM596.86 juta) bagi pembelian baharu.

Antara pemain itu adalah Jadon Sancho, Harry Maguire dan Anthony Martial di mana sedia menerima bidaan awal bagi memudahkan pengendalinya, Erik ten Hag berbelanja dalam pasaran perpindahan.

Bajet Ten Hag terhad kepada 120 juta pound (RM716.23 juta) bagi mematuhi peraturan Fair Play Kewangan.

Ini menyebakan United enggan tunduk kepada permintaan Chelsea yang mahu menjual Mason Mount pada harga 65 juta pound (RM387.96 juta) kerana mereka masih perlu mencari pemain tengah, penyerang dan penjaga gol.

Pencarian penyerang terbantut dengan nilai tinggi Tottenham terhadap Harry Kane, Victor Osimhen di Napoli dan pemain Atalanta, Rasmus Hojlund.

Sancho, Martial, Maguire dan Scott McTominay mempunyai pilihan untuk kekal di Old Trafford, tetapi perlu bersaing merebut tempat dalam skuad Ten Hag.

Maguire dibeli pada harga 80 juta pound (RM477.48 juta) dari Leicester pada tahun 2019, tetapi United sedia melepaskannya jika menerima tawaran separuh daripada harga asalnya. – Agensi