Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Raya Aidiladha, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberikan cuti tambahan pada Jumaat iaitu 30 Jun kepada penjawat awam.

Setiausaha kerajaan negeri berkenaan, Datuk Haris Kasim berkata, kemudahan cuti tambahan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di Jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Ujar beliau, kemudahan tersebut tidak terpakai kepada badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta.

Dalam pada itu, Haris mewakili pentadbiran kerajaan negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat negeri Selangor.- MalaysiaGazette