PUTRAJAYA – Semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sama ada MCA dan MCA akan diberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Malah menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, komponen parti akan diberikan kerusi boleh menang.
“Saya ingin memaklumkan bahawa MCA dan MIC juga ada tempat dan kerusi yang akan kita berikan kepada mereka untuk bertanding.
“Saya harap jika ada sebarang desas desus yang mengatakan peminggiran mana-mana parti dalam komponen BN saya harap ia dihentikan,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan portal TVET Madani dan pertukaran memorandum kerjasama di Putrajaya hari ini.
Hadir sama adalah Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikan mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang menafikan dakwaan parti itu diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, rundingan kerusi bagi keenam-enam negeri di PRN itu kini berada peringkat akhir.
“Kita hampir ke penghujung untuk memuktamadkan tentang pengagihan kerusi di kalangan BN-PH,” jelasnya lagi.
Ahmad Zahid turut mengulas rundingan yang dibuat untuk pembahagian kerusi hanya melibatkan BN dan Pakatan Harapan (PH) dan bukan parti-parti yang menyokong kerajaan.
“Rundingan telah dibuat beberapa kali antara BN dengan PH bukan dengan parti-parti yang bergabung. Tentunya ini telah memperlihatkan tahap kejayaan yang tinggi di antara BN dan PH,” katanya lagi.
Kenyataan itu mengesahkan kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mana rundingan kerusi dalam PH tidak melibatkan parti diterajuinya.
Semalam, MUDA mengumumkan untuk bergerak solo dalam PRN akan datang selepas tidak dilibatkan dalam rundingan kerusi untuk PH. – MalaysiaGazette
















boleh percaya ke dengan ZAHID HAMIDI ni sebab SUMPAH DENGAN ALLAH pun hanyut… ini pula hanya JANJI biasa-biasa sebagai.. JANGAN KELUAR BN . jika MCA dan MIC keluar BN ZAHID HAMIDI hanya Ketua Parti setaraf Syed Sadiq. Maka PRU 16 ZAHID HAMIDI boleh baca paper atau dengar TV RADIO keputusan ANWAR IBRAHIM kan kan kan ok Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI