KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) digesa menyuarakan pendirian sama ada masih berada di blok kerajaan atau tidak.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim berkata, MUDA perlu menjelaskan matlamatnya selepas memutuskan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
“MUDA nak cabar siapa dalam PRN sebenarnya? Pakatan Harapan (PH) adalah penyandang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
“Masuk PRN ertinya mencabar penyandang; dengan tujuan menggantikan penyandang tersebut. Adakah itu matlamat MUDA?
“Tak ada orang masuk pilihan raya sebab suka-suka; semua nak menang dan tubuhkan kerajaan. Itu asas politik pilihan raya,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut menyoal sama ada MUDA mempunyai matlamat untuk menggantikan PH sebagai penyandang tiga negeri berkenaan.
“Jika ada matlamat menggantikan kerajaan negeri; secara tidak langsung dalam pemahaman masyarakat ertinya PH ini dibayangkan oleh MUDA sebagai tidak lagi layak (menjadi) kerajaan, begitu?”
“Kalau masuk PRN hanya kerana gagal dapatkan ruang nak bertemu dan bermesyuarat; maka saya anggap MUDA memang bukan rakan kongsi yang sesuai disimpan. It’s all about your interest, bukan rakyat pun,” katanya.
“Jika tidak lagi sokong; boleh lintas ke blok pembangkang. Tiada siapa halang, tidak salah pun dari segi undang-undang,” katanya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Pada Isnin 26 Jun lalu, MUDA dilaporkan mengambil keputusan masuk ke gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri secara solo.
Menurut presidennya, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, keputusan itu dicapai secara konsensus kerana pihaknya tidak diundang langsung untuk mesyuarat pembahagian kerusi di pihak PH. -MalaysiaGazette
muda tak perlu masuk pas/pn atau ph/BN . muda perlu solo sendirian supaya rakyat ada pilihan . parti tua dah tak sesuai lagi dengan cita rasa rakyaf sekarang . muda perlu buat perubahan supaya rakyat ada pilihan dan dapat kepuasan .
buktikan muda boleh . muda bersih . muda mampu mencipta intergriti yang memuaskan rakyat insyaallah
MUDA bersih… kalau BERSIH knapa Syed Siddiq Ada kes PECAH AMANAH duit BERSATU ketika jadi KETUA PEMUDA BERSATU?