Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Pegawai polis kontroversi, ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa di mahkamah minggu lalu kerana menghina anggota polis berpangkat rendah kini kembali tular apabila video terbaru memaparkan beliau menceburi bidang kerja baharu.

Menerusi platform TikTok, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat cuba untuk reviu sebuah produk kosmetik yang mana dia sedang disolek ketika itu.

Dua video memaparkan wanita itu sedang mempromosikan produk kosmetik dan menarik perhatian neitizen yang memuji kecantikannya.

Video pertama memaparkan sisi lain Sheila yang mesra dan ‘gila-gila’ apabila jurusolek yang sedang menata rias wajahnya bergurau seolah ingin menepuk dahinya, sambil beberapa wanita lain yang berada di situ ketawa besar melihat telatahnya.

Dalam video itu, Sheila berkata, ‘cubalah dulu produk ini. Tak cuba tak tahu’.

Video berkenaan menggambarkan yang Sheila telah dilamar menjadi jurucakap satu produk kosmetik selepas popularitinya mencanak naik susulan beberapa videonya mengherdik anggota polis lain tular.

Video itu turut mendapat pelbagai komen antaranya yang mencadangkan wanita itu menceburi bidang pengacaraan.

Inspektor Sheila yang sebelum ini mengaku masih bujang mula dikenali ramai selepas tular video beliau memarahi anggota bawahan dan orang awam di media sosial.

Susulan beberapa kes membabitkan wanita itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadapnya selain didakwa di Mahkamah Majistret baru-baru ini atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kesopanan tiga individu, termasuk seorang anggota polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. inilah Malaysia..percambahan bibit bibit yg bercelaru, disanjung diangkat menjulang langit, walaupun bibit terlarang yg tentu tentu racun yg boleh membunuh

Comments are closed.