Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Nafsu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mendapatkan pemain baharu sempena jendela perpindahan Julai ini tidak terhenti walaupun telah mengikat dua pemain import iaitu Ifedayo Olusegun dan Moses Atede sempena jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bulan depan, langkah

Ini kerana pengurusan kelab berkenaan merancang membawa masuk dua lagi pemain tempatan.

Berita itu dikongsikan oleh pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dalam media sosialnya.

“Alhamdulillah, dengan bajet KDA FC yang sederhana, KDA FC dapat membawa masuk dua pemain import yang ada perjalanan rekod yang ‘harum’ dalam dimensi masing-masing

“Ifedayu Olesegun, berasal dari Nigeria, mempunyai kerakyatan Bahrain dan namanya jelas tidak asing di Malaysia kerana banyak berjasa kepada landskap bola sepak Malaysia.

“Seorang lagi ialah pemain import Moses Atede yang juga berasal dari Nigeria dan memiliki kerakyatan Bahrain. Dia antara pemain yang menonjol dalam liga Bahrain dan beraksi sebagai pemain tengah pertahanan.

“Kalau ada rezeki, KDA FC juga akan mendapat lagi seorang hingga dua pemain baharu pada tempoh jendela perpindahan yang bermula bulan depan,” katanya.

Mohd Daud berkata, dengan perubahan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam pasukan ketika ini, beliau berharap penyokong terus bersemangat dalam memberi sokongan padu dengan hadir memenuhi stadium apabila Sang Kenari kembali beraksi bulan depan.

“Kita doakan yang terbaik. Insya-Allah KDA FC akan membuat apa yang terbaik dalam cakupan kemampuan yang ada untuk menjadikan Sang Kenari ini antara pasukan yang terunggul di Malaysia.

“Mari kita penuhi Stadium Darul Aman sepanjang masa dengan sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan tidak bermusim. Jatuh dan bangun, kita akan sentiasa bersama kerana ini adalah semangat Sang Kenari,” katanya lagi.

Dengan kemasukan Ifedayo dan Adete dalam senarai terbaru pemain import skuad kendalian ketua jurulatih Nafuzi Zain, Sang Kenari kini memiliki sembilan pemain import selain Bojan Ciger, Manuel Ott, Alan Robertson, Ebenezer Assifuah, Amirbek Juraboev, Manuel Hidalgo dan Jonathan Balotelli. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast