Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegur tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Datuk Seri Tiong King Sing ‘membongkar’ rasuah yang didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ahli Parlimen kerajaan itu mendakwa, tugas untuk membongkar kegiatan rasuah adalah bidang kuasa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tugas bongkar rasuah ialah kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Imigresen di bawah KDN. Bukan tugas hakiki Menteri Pelancongan.

“Menteri langgar tugas penjawat awam adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM. Tak boleh buat kerja kong kalikong,” kata Hassan seolah-olah memberi ingatan,” ciapnya di Twitter.

Beliau mengulas laporan King Sing yang mendakwa berlaku rasuah selepas mengakui dirinya yang dikaitkan dengan isu berkaitan pelancong China di KLIA baru-baru ini.

King Sing mendakwa, wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Dalam kenyataan semalam, Kong Sing mengakui gambar tular di media sosial berhubung isu kekecohan di KLIA adalah dirinya.

Beliau mengatakan ada menerima aduan daripada pelancong sebelum ke KLIA bagi memahami situasi pelancong asing itu, selain ia pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.

Menurutnya, pelancong asing itu ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab dia ditahan dan masalah timbul apabila kedua-dua iaitu pihak pegawai imigresen dan pelancong terbabit mempunyai masalah komunikasi.

Katanya, dimaklumkan  pelancong itu sudah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua-dua pihak menggagalkan pihak imigresen mendapatkan dokumen diperlukan dari pihaknya.

Beliau turut diberitahu  ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

“Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’ manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap kejadiaan dan dakwaan berkenaan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Menteri bodoh ni…Menteri KDN plak tgh tidor..Menteri Pelancongan ni bukan saja mcm gangster, malah menceroboh kawasan keselamatan, halang penjawat awam dlm menjalankan tugas & melindungi pendatang tanpa izin dari China…

  2. Tiong King Sing..mau jadi Superman, bagai dia ketua Gengster/Kartel suka² hati langgar peraturan undang²..mulai tunjuk besar kepala..mau tunjuk hero sebab pelancung warga cina???.. bagaimana pula kalau bukan warga Cina???…mentaliti menteri kepala bangang…bikin malu negara Malaysia..

Comments are closed.