KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa membebaskan pelancong China yang ditahan Jabatan Imigresen Negara (JIM) tanpa kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian dilihat tidak profesional.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, King Sing juga sewajarnya melaporkan terus kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) jika berlaku salah laku untuk tindakan lanjut.
“Beliau tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan keselamatan negara. Adakah tindakan ini dilakukan atas dasar politik negara atau mempunyai matlamat peribadi?
“Tanda soal ini perlu dijawab dengan lebih jelas agar rakyat dapat memahami niat sebenar sebelum rakyat membuat tafsiran liar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Jais, sekiranya benar terdapat dakwaan mengenai permintaan rasuah oleh pegawai imigresen, perkara berkenaan perlu dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ini adalah bidang kuasa SPRM dan lebih relevan melibatkan SPRM dalam proses untuk memastikan pengamatan yang lebih sahih, siasatan yang profesional dan tegas,” katanya.
Sementara itu, Jais berpendapat Menteri Pelancongan tidak seharusnya mencampuri urusan Jabatan Imigresen.
Tugas anggota imigresen adalah untuk memeriksa kedatangan pengunjung berdasarkan faktor keselamatan yang tidak boleh dikompromi.
“Kehadiran menteri berkenaan di lokasi yang sama sebanyak tiga kali kebelakangan ini juga amat mencurigakan dan perlu disiasat oleh pihak polis.
“MCW juga ingin menegaskan bahawa kawasan tersebut dilindungi oleh Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta 298) dan amat penting untuk memastikan keselamatan di lokasi tersebut terjamin,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, King Sing mendakwa terdapat amalan rasuah dalam kalangan pegawai imigresen di KLIA selepas tular dakwaan terdapat kekecohan membabitkan dirinya di lapangan terbang antarabangsa itu.
Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal, dakwa ahli politik dari Sarawak itu.
King Sing memaklumkan, pihaknya hadir ke KLIA bersama beberapa pegawai integriti di bawah kementeriannya.-MalaysiaGazette

















Tindakan membuat kecoh yang amat memalukan yang sepatutnya dilakukan dengan teratur dan SOP tertentu. Diharap pihak polis Dato Ayob dapat menyiasat dengan segera.
Bodoh punya menteri…satu ko laporkan kpd menteri KDN…kedua ko lapor kpd SPRM..bukan ko berlagak bodoh mcm gangster