Azabudai Hills Mori JP Tower. foto Twitter

 

TOKYO – Menara pencakar langit tertinggi Jepun yang berdiri megah di tengah-tengah bandar raya ini pada ketinggian 330 meter telah, kata pemaju landskap Mori Building Co. Ltd.

Seni bina Azabudai Hills Mori JP Tower, terletak berhampiran landskap terkenal Menara Tokyo, mengatasi pemegang rekod sebelumnya di Osaka sebanyak 30 meter.

Ia merupakan ciri utama projek pembangunan semula Azabudai Hills Mori JP Tower di Wad Minato Tokyo, kawasan yang terkenal dengan bangunan pejabat tinggi dan kondominium mewah.

Syarikat itu berkata, projek itu dijangka dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada musim gugur ini.

Menara yang baru dibina ini mempunyai 64 tingkat di atas tanah dan lima tingkat bawah tanah.

Tingkat atas dikhaskan untuk kediaman mewah yang menawarkan kemudahan eksklusif seperti spa, yang disediakan oleh pengendali hotel mewah yang terkenal, menurut syarikat itu.

Sebagai tambahan kepada unit kediaman, bangunan itu akan menempatkan Sekolah British di Tokyo, sebuah institusi perubatan yang dikendalikan oleh Universiti Keio, serta pelbagai pejabat korporat, kedai runcit dan restoran, kata Mori.

Sebelum bangunan Azabudai Hills siap, struktur tertinggi di Jepun ialah Abeno Harukas sepanjang 300 meter yang terletak di Osaka.

Walau bagaimanapun, bangunan tertinggi di Jepun bakal ‘pendek usia’ selepas Mitsubishi Estate Co. Ltd. sedang membina sebuah bangunan pencakar langit berhampiran Stesen Tokyo yang dijangka mencapai ketinggian 390 meter menjelang tahun fiskal 2027. – Agensi