Bersih SPR pemerhati PRN
Tarikh pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan diputuskan SPR pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilih Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Menurut kenyataan SPR, mesyuarat akan pengerusikan Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Mesyuarat akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya.

Sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu. – MalaysiaGazette