Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia tengah malam tadi.

Allahyarham yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah serta bekas Ketua UMNO Kalabakan dilapor meninggal dunia pukul 12.07 tengah malam pada usia 80 tahun.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengesahkan mengenai berita itu.

Katanya, maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah Salleh menerusi aplikasi WhatsApp.

“Beliau baru saja meninggal dunia (malam tadi). Mohon doa semoga arwah ayahanda saya ditempatkan bersama org-orang yang beriman,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Likas pukul 9.30 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast