Mason Mount. Foto BBC.

LONDON – Pakar perpindahan bola sepak dunia, Fabrizio Romano mengesahkan Mason Mount telah selesai menjalani sesi ujian perubatan bersama Manchester United.

Menurutnya, pemain serba boleh Chelsea itu telah selesai menjalani ujian perubatan di Carrington dan prosesnya telah berjalan lancar.

Pemain itu dilaporkan akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United sehingga 2028 dengan pilihan lanjutan.

Minggu lalu, United telah mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk perpindahan Mount dengan harga perpindahan £60 juta iaitu £55 juta (RM324 juta) dan £5 juta (RM29.4 juta) sebagai bonus tambahan.

Dia yang akan tamat kontrak bersama Chelsea tahun depan dilaporkan akan menerima gaji mencapai £200,000 seminggu.

Mount yang lahir dari akademi di Chelsea menjaringkan 27 gol dan 22 umpanan gol dalam 129 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat The Blues.

Memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021, dia meraih 36 cap bersama England dan beraksi dalam kesebelasan utama ketika kalah pada final Euro 2020 di tangan Itali.

Pemain tengah menyerang itu hanya menyumbat tiga gol dalam EPL musim lalu ketika prestasinya merudum selain bergelut dengan kecederaan.

Chelsea di bawah kendalian pengurus baharu Mauricio Pochettino ketika sudah menjual penjaga gol Edouard Mendy dan pertahanan Kalidou Koulibaly ke Liga Pro Saudi manakala pemain tengah Mateo Kovacic meninggalkan kelab untuk menyertai juara EPL, Manchester City. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast