Kudis pada kulit antara simptom antraks.

JAKARTA- Seorang disahkan meninggal dunia antraks manakala 85 yang lain didapati dijangkiti virus itu selepas memakan daging.

Anthrax ialah penyakit berjangkit maut yang lazimnya menyerang lembu atau kambing.

Manusia boleh dijangkiti hanya apabila mereka bersentuhan dengan haiwan yang terkena antraks atau memakan daging mereka.

Ketua Badan Kesehatan Kabupaten Gunungkidul, Dewi Irawati, dalam sidang media berkata, pihaknya menjumpai penularan penyakit antraks di Yogjakart setelah menerima laporan dari Rumah Sakit Umum Pusat Sardjito milik kerajaan bahawa seorang penduduk berusia 73 tahun meninggal dunia akibat virus tersebut hari ini.

Agensi itu kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas pesakit dan mendapati dia telah memakan daging daripada lembunya sendiri selepas ternakan itu mati akibat penyakit.

“Kami mendapati pesakit turut mengagihkan daging itu kepada berpuluh-puluh penduduk lain di kawasan kejiranannya,” katanya.

Agensi itu telah melakukan ujian darah ke atas 125 penduduk dan mendapati 85 daripadanya dijangkiti.

Kebanyakan daripada mereka telah menunjukkan simptom seperti cirit-birit, luka pada kulit, dan ketulan kecil kemerahan atau bengkak muncul di tangan mereka.

Kesemua mereka telah diberi antibiotik.

Irawati berkata, kawasan itu diisytiharkan zon merah selama 120 hari. – Agensi