Riyad Mahrez.

LONDON – Bintang Manchester City, Riyad Mahrez dilaporkan bersetuju untuk perpindahan bernilai 410,000 pound (RM2.09 juta) seminggu ke Arab Saudi.

Mahrez berminat perpindah ke Timur Tengah namun masa depannya kini terletak di tangan City dengan Guardiola masih mahu menggunakan khidmatnya.

Namun pemain sayap itu tidak akan memaksa perpindahan keluar selepas memenangi treble di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Mahrez, 32, menjadi tonggak penting City sejak berpindah dari Leicester pada tahun 2018.

Pemain Algeria itu meledak 78 gol dalam 236 perlawanan di Etihad, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara-Juara Eropah.

Mahrez antara bintang terkini yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi untuk menyertai Al-Ahli.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast