Foto Instagram Zion Suzuki.

LONDON – Manchester United terbuka untuk menadapatkan dua penjaga gol musim panas ini jika mereka tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai tawaran kontrak bersama David De Gea, lapor MEN.

Laporan itu turut mendedahkan masa depan Dean Henderson bersama United turut kelihatan samar apabila pihak kelab dilaporkan memberi lampu hijau untuk penjaga itu berhijrah ke Nottingham Forest.

United dijangka akan melepaskan pemain itu dengan nilai perpindahan sebanyak £30 juta pound.

Selain itu, United dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan penjaga gol muda Jepun, Zion Suzuki dengan nilai perpindahan sebanyak £5juta pound.

Menurut Sponichi, penjaga gol berusia 20 tahun dari Urawa Red Diamonds itu telah berada dalam radar United sejak 2017 dan United juga dilaporkan telah membuat bidaan rasmi secara rahsia sebanyak £5 juta untuk Suzuki.

“Rundingan antara United dan Urawa dikatakan berjalan lancar dan perpindahan dijangka dalam masa terdekat.

“Sekiranya perpindahan itu berjalan lancar Suzuki bakal menjadi pemain paling mahal dalam sejarah J-League dan akan memecahkan rekod bayaran untuk Kyogo Furuhashi yang berpindah ke Celtic dengan nilai perpindahan sebanyak £4.5 juta pound.

“Sekiranya perpindahan ini berlaku pemain kacukan Jepun dan Ghana ini diramal akan menjadi penjaga gol kedua United dibelakang penjaga gol sasaran utama United Andre Onana,” kata laporan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast