Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37.0°C untuk tiga hari berturut-turut.

Ia susulan kenyataan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) yang memaklumkan fenomena El Nino telah bermula dan kekuatannya dijangka meningkat pada penghujung tahun 2023 sehingga awal tahun 2024 dengan kebarangkalian melebihi 90%.

Fenomena El Nino terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5oC berbanding nilai purata jangka panjang.

Fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan.

Pada awal tahun 2024, fenomena El Nino dijangka memberikan kesan yang lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak, yang mana negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan.

Keadaan itu seterusnya akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.

Oleh itu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyarankan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.

Semasa keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengamalkan langkah penjimatan dalam penggunaan air.

Orang ramai turut dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan dan minum air secukupnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Minta kerajaan turunkan tarif elektrik. Seorang B40 beranak 10 perlukan sekurang2nya 3 unit pendingin hawa dirumah flat 3 bilik, sebuah peti ais besar untuk menyimpan stok makanan dan satu unit periuk nasi elektrik yang besar. Dibandar2 ianya bukanlah barangan mewah tapi hanyalah suatu keperluan harian saja.

    • betul tu, harap kerajjan turunkan tarif eletrik dan tambah sedikit subsidi..
      tapi macam dalam mimpi je .. raja formula pun dah takda formula sejak jadi kerajaan ni

Comments are closed.