SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia berkongsi pengalamannya dalam kerajaan dan politik dengan bekas perdana menteri selepas pentadbirannya.
Namun kata bekas perdana menteri dua kali itu, ada pemimpin yang tidak pernah bertanya pendapatnya selepas menggantikan beliau sebagai ketua kerajaan.
Malah jelas Dr. Mahathir, terdapat pemimpin yang tidak mendengar nasihatnya apabila diberi teguran.
“Saya dulu ingat bila Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya, Najib (Datuk Seri Najib Razak) pula saya cakap dekat dia tak payah lah bagi duit, dia kata cash is king, tak mahu dengar.
“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula dia ada story (untold),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Bicara Bangsa Tanah Aku, Dulu, Kini Ke Hadapan Bersama Tun Dr Mahathir sempena Proklamasi Orang Melayu (POM) Selangor, di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu berkata, dasar kerajaan tidak lagi memiliki kuasa dan apakah peranan yang boleh disumbangkan selepas ini.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi POM berkata, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada negara daripada segi idea dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat.
“Kita boleh tentukan matlamat tetapi kalau tidak tahu matlamat itu tidak akan tercapai
“Saya mempunyai pengalaman yang lama dan bagaimana hendak capai matlamat saya fikir saya boleh sumbang
“Itulah peranan saya dan saya ada banyak idea sebab 80 tahun dalam politik,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi. – MalaysiaGazette
Ludah ke langit, setepek kena kat hidung besar sendiri..semua org tau..ko yg perasan bagus..semua ko jer betul..sape2 yg tak nak dgr cakap ko, maka org tu akan dianiaya…musibat punya mayat hidup