KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 16 Julai 2023 ini, bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah,Meru Raya, Ipoh, Perak.
Majlis itu akan diadakan pada jam 9 pagi.
Pelbagai program dan pertandingan diadakan antaranya ‘6600 Langkah Perpaduan’, Forum Perdana Ehwal Islam, Kuiz Kenegaraan, Pertandingan Bintang Patriotik serta orang ramai yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan.
Selain itu, khemah pameran dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, Jualan Rahmah, jualan barangan runcit dan buah-buahan serta trak makanan (food truck) turut
disediakan.
Pada majlis yang sama, Perdana Menteri juga akan melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Konvoi ini akan mengelilingi seluruh pelosok negara bertujuan untuk menggelorakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Oleh itu orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyertai ‘6600 Langkah Perpaduan’. – MalaysiaGazette