Khairy Jamaluddin.- Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diingatkan dua patung terbesar Buddha di Malaysia dan Asia Tenggara ada di Kelantan.

Bekas menteri, Khairy Jamaluddin mengingatkan perkara itu selepas ada media melaporkan Guan Eng memberi amaran bahawa rumah ibadat dirobohkan jika ‘gelombang hijau’ menawan Pulau Pinang.

“Hanya nak ingatkan Guan Eng kononnya ‘gelombang hijau’ akan merobohkan kuil di Pulau Pinang. Ini adalah patung Buddha sedang duduk terbesar di Asia Tenggara. Teka di mana? Tumpat, Kelantan.

“Yang ini patung Buddha sedang baring paling besar di Malaysia dan nombor dua di Asia Tenggara. Mana? Tumpat, Kelantan. Nak cakap apa lagi pasal gelombang hijau ini?” soalnya dalam Insta Story.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu turut berkongsi gambar kedua-dua patung tersebut dalam media sosialnya.

Khairy mengulas laporan media mengenai kenyataan Guan Eng dalam satu program di Jelutong, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya tidak mahu mempercayai berita ini pada mulanya. Tetapi saya telah buat semakan dan dan ia adalah tepat. Ini menimbulkan ketakutan kaum dan hasutan.

“Anda fikir orang Melayu akan mengundi menentang anda kerana kami semua adalah sebahagian daripada ‘gelombang hijau’ Taliban? Periksa kepala dan hati anda.

“Pasti Pas ada menyatakan beberapa perkara yang melampau. Tetapi kenyataan ini keterlaluan dan boleh menghancurkan jalinan bangsa kita,” tambah Khairy.

Guan Eng semalam menolak dakwaan beliau sengaja membangkitkan isu 3R (raja, kaum dan agama) ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha atau Cina dalam ucapan pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, ucapannya sudah diputar belit, seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina.

“Ini tidak benar. Saya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah. Sila rujuk kepada laporan akhbar di bawah.

“Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum,” kata Guan Eng.

Sebuah portal berita tempatan sebelum itu memetik laporan akhbar bahasa Mandarin yang melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.-MalaysiaGazette​

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Natizen sarankan Dato Ayob buka kertas siasatan keatas isu ini. Dakwaan menghasut adalah tidak baik dan boleh memporakperandakan negara.

    Rakyat bimbang sekiranya peristiwa 13 May berulang!

  2. Masalah perkauman mudah selesai lagi harmoni seperti di negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE , dan Kuwait bermasyarakat majmuk berbilang kaum pendatang ekonomi ada hak asasi warganegara asal daripada negara-negara asal masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar sewa dan cukai harta yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut dan bukan sebaliknya muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.