Sebanyak 25 SJKC sekitar daerah Pontian menerima sumbangan beg sekolah daripada Yayasan Sultanah Fatimah.

JOHOR BAHRU – Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) menyumbang sebanyak 1,450 beg sekolah kepada 25 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sekitar daerah Pontian.

Sumbangan disampaikan Pengerusi YSF, Mejar Cina Datuk David Wong bersama Ahli Lembaga Pengarah YSF, Datuk Wira Ling Kah Chok dan Datuk Ng Chong Boon.

Turut hadir, Guru Besar SJKC Yu Min, Soh Keaw Tiong dan Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Pontian,  Hiew Kau Man.

Kah Chok berkata, Sultan Johor sentiasa prihatin akan masalah rakyat.

“Seiring dengan titah Sultan Johor, YSF sentiasa bergerak aktif membantu sebagaimana Baginda membantu meringankan beban rakyat.

“YSF akan sentiasa menjunjung titah baginda dan memastikan kebajikan golongan kurang bernasib baik di setiap daerah dijaga dengan baik,” katanya di laman Facebook hari ini.

Majlis penyerahan bantuan berlangsung di SJKC Yu Min, Pekan Nanas dan SJKC Pei Chun, Pontian hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast