Saturday, April 27, 2024
Home Seni Hidup Neelofa selamat lahir anak lelaki kedua

Neelofa selamat lahir anak lelaki kedua

Noor Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan mereka telah menimang cahaya mata kedua pada malam kelmarin.

Usahawan dan pengacara terkenal Neelofa selamat melahirkan anak lelaki keduanya dalam keadaan sihat.

“Assalammualaikum. Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa dan suaminya menerusi laman Instagram.

Foto Instagram Neelofa.

Sementara itu, pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua  membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,” ujarnya. – MalaysiaGazette