KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akan menjalankan siasatan kematian seorang kanak- kanak perempuan berumur 10 tahun ketika menerima rawatan di hospital itu 9 Julai lalu.

Siasatan itu merujuk kepada video yang tular menerusi aplikasi TikTok.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pesakit (kanak-kanak) datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama ayahnya.

“Ketika itu keadaan pesakit lemah dan telah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan

Bagaimanapun, kanak- kanak itu tidak dapat diselamatkan dan punca kematian masih disiasat  Jabatan Perubatan Forensik HTA,” katanya dalam kenyataan.

Dr Zulkarnain berkata, pihaknya bersimpati dengan perkara dilalui keluarga Allahyarham dan akan berhubung dengan pihak keluarga untuk perbincangan lebih lanjut berkaitan kes itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast