Andre Onana. Foto Goal.com

LONDON – Perpindahan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana ke Manchester United sedang memasuki fasa terakhir dalam tempoh 24 jam ini, lapor Fabrizio Romano.

Menurut laporan terbaru pakar perpindahan itu, United dilaporkan akan menghubungi semula Inter untuk memutamadkan kesepakatan harga pemain tersebut.

Dalam laporan tersebut mendedahkan Manchester United dilaporkan akan menghantar bidaan rasmi pada hari ini untuk mencapai perjanjian dengan kelab tersebut bagi perpindahan ini.

Pada masa sama, United yakin bahawa mereka dapat mencapai kesepakatan untuk perpindahan pemain ini pada esok.

Menerusi laporan wartawan Rudy Galetti, dia mengesahkan Onana semakin hampir untuk berpindah ke Old Trafford kerana Inter berpuas hati dengan rundingan harga.

Wartawan tersebut mendedahkan bahawa Inter dan United telah bersetuju dengan angka €54.8juta Euro (£47 juta) berhubung yuran perpindahan.

Jumlah itu juga dilaporkan termasuk dengan bayaran bonus tambahan namun perjanjian itu hanya sekadar lisan kerana belum ada tawaran rasmi dari United

Inter dilaporkan akan segera melepaskan Onana sebaik sahaja United menghantar bidaan rasmi mengikut perjanjian lisan yang telah mereka persetujui dalam tempoh tersebut. – Agensi