MGNews: Jualan Rahmah Tawar Harga Lebih Rendah, Orang Ramai Mahu Kerajaan Adakan Lebih Kerap

Jualan Rahmah Bergerak di seluruh negara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ternyata telah mula menampakkan kesannya dalam memastikan lebih ramai golongan sasar menerima manfaat.

Terbaharu Jualan Rahmah berlangsung di PPR Danau Kota yang menyaksikan penduduk sekitar datang beramai-ramai bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah berbanding di tempat lain.

Rata-rata rakyat yang ditemui berterima kasih terhadap insiatif Kerajaan Malaysia Madani dan mahu supaya Jualan Rahmah diadakan secara lebih kerap lagi. – MG