Perkembangan terkini di Tebing Barat.

CHEONGJU- Jumlah kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di sini meningkat sekurang-kurangnya kepada 40 orang, hari ini.

Pihak berkuasa Cheongju mengesahkan 13 mayat mangsa berjaya ditemukan selepas kenderaan mereka terperangkap dalam terowong sepanjang 685 meter.

Dianggarkan 15 kenderaan termasuk bas terperangkap selepas tebing sungai pecah, petang Sabtu lalu.

Ketika ini, kira-kira 900 penyelamat termasuk penyelam meneruskan pencarian di dalam terowong berkenaan.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengarahkan pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk menangani banjir berkenaan.

Beliau juga berjanji untuk memberi sokongan terhadap kerja-kerja pemulihan termasuk mereka zon bencana khusus di kawasan terjejas.

Suk Yel turut memberi amaran, krisis iklim telah menyebabkan cuaca menjadi ekstrem.

Sehubungan itu, langkah luar biasa dalam meningkatkan kesiapsagaan negara perlu dilakukan segera.

“Cuaca melampau sebegini akan menjadi sesuatu yang biasa berlaku.

“Kita perlu menerima hakikat yang mana perubahan iklim sedang berlaku,” katanya.- Agensi