Foto Instagram Nealofa.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Neelofa, 34, mengotakan janji mengumumkan nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahiran.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Neelofa juga turut memberitahu sebab memilih nama tersebut.

Kata isteri kepada pendakwah, PU Riz itu juga meluahkan perasan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas sebagaimana mana lahirnya anak sulungnya, Muhammad Bilal di mana nama kedua-dua itu mempunyai kaitan satu sama lain.

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keikhlasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal diseksa kerana pertahankan akidah, ahli Badar dan antara ahli syurga dijanjikan Nabi SAW.

“Sehingga ada hadis Nabi SAW bertanya… Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga dan Bilal menjawab:

“Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat!” Riwayat al-Bukhari (1149).

“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A.

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas,” coretnya.

Selasa lalu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast