KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, dihadapkan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa didapati melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Pertuduhan kedua buat masa ini masih berjalan.
Sanusi yang berkemeja putih kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
“Tidak (mengaku salah),” katanya.
Dalam kertas pertuduhan, beliau didakwa melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama.”
Jika sabit kesalahan, Sanusi boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali. – Malaysiagazette
kena kat Sanusi kata pendakwaan terpilih.Abis 3 orang kat Kedah didakwa kerana kritik /ugut bagaimana?
seorang tu berusia lebih 60 tahun ditahan lebih kurang waktu yang sama dengan DS Sanusi , aper citer?
Allah swt maha adil dan maha mengetahui.
J