prabayar internet
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyanggah kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan pertuduhan terhadapnya merupakan petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Beliau menegaskan, dua pertuduhan yang dihadapi oleh Menteri Besar Kedah itu tiada kaitan dengan kerajaan.

“Kamu buat kenyataan yang ada kecenderungan untuk bangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

“Ini tiada kaitan dengan kerajaan,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau, hari ini.

Menerusi hantaran itu, Fahmi berkongsikan tajuk keratan berita yang menunjukkan Sanusi mendakwa pertuduhan dialaminya petunjuk kerajaan dalam ketakutan.

Dalam kenyataan itu, Sanusi mendakwa, pertuduhan itu jelas bermotifkan politik dan menjejaskan beliau dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau juga yakin rakyat mula memahami tujuan dan hasrat sebenar pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Dua pertuduhan menghasut itu adalah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang berlangsung pada 11 Julai lalu.

Beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kes itu sehingga perbicaraan selesai. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Harap MB KEDAH terus bertanding DUN kerana TEMPOH PERBICARAAN selepas PRN. KES RUJUK ada seperti ZAHID HAMIDI sedang dibicara MAHKAMAH masih berhak bertanding PRU 15.
    Andai berlaku “sesuatu terjadi” maka BUAT BARU… ikut contoh PARLIAMENT KUALA TERENGGANU… banyak DUIT UMNO AKAN RABAK tetapi akan menyesal menyesal menyesal…

Comments are closed.