JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah menggunakan bungkusan teh dan pek minuman dalam tiga serbuan berasingan di Kluang, Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejayaan itu susulan tertangkapnya empat suspek yang merupakan dalang dalam aktiviti tersebut.
Keempat-empat lelaki tempatan itu berumur 22 hingga 30 tahun, ditahan antara jam 6.20 petang hingga 9.46 malam.
“Dalam serbuan ini, sebanyak 54.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 2.21kg pil erimin 5, 6,564 biji pil ekstasi m, 1,22kg ketamin,346 gram ganja yang keseluruhannya bernilai lebih RM4.3 juta dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada hari ini.
Menurutnya, rampasan dadah ini boleh digunakan seramai 202,042 penagih.
Turut disita enam buah kenderaan, pelbagai barang kemas dan wang tunai RM11,000 dianggarkan keseluruhan bernilai RM455,339.
Kamarul Zaman berkata, sindiket ini menggunakan rumah teres dua tingkat sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran domestik.
“Dadah yang diseludup ini akan diisi di dalam pek minuman jus yang dijual dengan harga serendah RM150 setiap pek dan disasarkan dijual di pusat hiburan.
“Bekalan dadah dipercayai diperoleh dari negara jiran,” katanya.- MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast