Marzuki Mohamad.

KUALA LUMPUR – Dokumen yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuktikan perjanjian pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda dibuat pada Jun lalu, kata bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad.

Sebaliknya, dokumen yang dikemukakan oleh perdana menteri adalah perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat-peringkat.

“Baru sekejap tadi Perdana Menteri menyiarkan sebahagian dokumen yang dikatakan perjanjian pelupusan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda

“Sekali pandang saya sudah tahu. Dokumen itu bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda, tetapi perjanjian mengenai sukuk berjaminan kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat. Dokumen yang disiarkan menerusi kenyataan media Perdana Menteri tidak membuktikan pelupusan hutang peneroka hanya dibuat pada Jun 2023,” katanya di Facebook, hari ini.

Marzuki berkata demikian selepas Anwar mengemukakan sebahagian dokumen yang ditandatanganinya bagi penghapusan hutang peneroka Felda sebanyak RM990 juta.

Marzuki dalam pada itu berkata, dokumen yang disiarkan Anwar berkenaan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan sememangnya adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat Kabinet pada 2020.

“Sesiapapun yang menjadi Menteri Kewangan mesti menandatangani dokumen ini. Seingat saya (Tan Sri) Muhyiddin tak pernah jadi menteri kewangan.

“Penyiaran dokumen ini mengesahkan telahan saya sebelum ini bahawa dokumen yang ditandatangani oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka FELDA tetapi perjanjian berkaitan sukuk berjaminan kerajaan,” jelasnya lagi.

Marzuki turut berkata, Kabinet pada 14 Oktober 2020 sudah meluluskan Pelan Pemulihan Felda yang di dalamnya merangkumi pelupusan 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Semua itu dibuat ketika Muhyiddin masih perdana menteri kelapan.

Ia juga termasuk penerbitan sukuk RM9.9 bilion secara berperingkat untuk tujuan pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) dan penyelesaian hutang FELDA dengan Maybank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelan Pemulihan FELDA itu turut merangkumi penyediaan geran tahunan RM990 juta kepada FELDA oleh kerajaan persekutuan.

Untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan kabinet pada 14 Oktober 2020 yang telah melupuskan hutang peneroka FELDA, eloklah kerajaan “declassify” minit mesyuarat kabinet tersebut untuk tatapan rakyat.
Untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan Kabinet pada 14 Oktober 2020 yang telah melupuskan hutang peneroka Felda, MArzuki mencadangkan agar kerajaan “declassify” minit mesyuarat tersebut untuk tatapan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sah sah lah ko ni Ketua Setiausaha Sulit Mudin Sakau..belajar tinggi2 jd bodoh backup penyamun

Comments are closed.