Harimau Malaya terus perbaiki rangking dunia keluaran FIFA hari ini apabila menduduki tangga ke-136 dunia.

KUALA LUMPUR – Pasukan Harimau Malaya kini menduduki tangga ke-136 dunia.

Dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pasukan bola sepak kebangsaan naik satu anak tangga berbanding berada pada tangga ke-137 sebelum ini menerusi 1,091.57 mata.

Kali terakhir Malaysia menduduki ranking ke-126 pada 2006.

Kemaskini seterusnya rangking dunia oleh FIFA akan dilakukan pada 21 September 2023.

Filipina menduduki satu tangga di atas Malaysia dengan memungut 1095.66 mata.

Sementara itu, tiada perubahan pada kedudukan 10 pasukan terbaik dunia dengan juara Piala Dunia 2022, Argentina kekal berada pada kedudukan teratas.

Perancis berada di tangga kedua diikuti Brazil, England, Belgium, Croatia, Belanda, Italy, Portugal dan Sepanyol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast