Bruno Fernandes. Foto Sky Sports.

LONDON – Bruno Fernandes dilantik sebagai kapten baharu Manchester United menggantikan Harry Maguire yang kerap memanaskan bangku simpanan sepanjang musim lalu.

Pemain antarabangsa Portugal itu diberi kepercayaan oleh Erik ten Hag untuk memakai lilitan kapten pada jelajah pra-musim di Amerika Syarikat ketik ini.

“Bruno Fernandes dinamakan sebagai kapten baharu Manchester United. Pemain tengah Portugal itu sudah beberapa kali memakai lilitan kapten untuk United dan Erik ten Hag mengesahkan yang dia kini akan mengetuai pasukan secara tetap,” kata kelab itu.

Fernandes meledak 64 gol dan melakukan 54 umpanan gol dalam 185 perlawanan untuk United sejak menyertai kelab itu dari Sporting Lisbon pada tahun 2020.

Dia yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Sir Matt Busby sebanyak dua kali menyertai United pada awal Januari 2020 dari Sporting Lisbon.

Selain Fernandez, Ten Hag juga mempunyai beberapa pemain lain yang mampu menerajui pasukan, antaranya Casemiro, Lisandro Martinez, Christian Eriksen dan Raphael Varane.- Agensi