MoU China
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian UMNO Kota Raja, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz mahu membantu partinya bertapak di Selangor menerusi kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung bulan depan.

Beliau berkaia, ia bagi membuktikan parti itu tidak semata-mata bergantung harap kepada Pakatan Harapan (PH) yang diketahui kuat di Selangor.

“Sebagai Ketua Bahagian Kota Raja dan Ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO, saya hanya nak lihat UMNO dan bantu UMNO lebih bertapak di Selangor dari segi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dimenangi,” katanya.

Tengku Zafrul yang sebelum ini dikatakan akan bertanding pada PRN Selangor bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional pada malam ini.

Menurut Tengku Zafrul, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti untuk menentukan startegi yang terbaik untuk parti.

“Apabila diputuskan saya tidak bertanding maksudnya jelas pada hemat pucuk pimpinan buat masa ini peranan saya bukan sebahagian daripada strategi tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai ahli parti beliau akan tetap membantu calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding bukan sahaja di Selangor tetapi juga di lima negeri yang terbabit dalam pilihan raya itu. – MalaysiaGazette