KUALA LUMPUR – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pilihan untuk menjulang Piala FA apabila menentang KL City FC pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Skuad Harimau Selatan bakal turun dengan prestasi semasa yang luar biasa namun KL City FC masih mampu mencipta kejutan ke atas lawan sama
Namun nerdasarkan kepada saingan Liga Super apabila JDT membelasah KL City FC dengan jaringan besar baru-baru ini, ia sekali gus memberi gambaran keputusan pada final Piala FA.
Apatah lagi kelebihan pada JDT dengan barisan pemain yang dimiliki, selain musim 2023 ini boleh dianggap sebagai musim terbaik JDT dalam Liga Super dengan pungutan mata jauh di puncak liga selain jumlah 67 jaringan.
Selain itu, JDT mampu mempertahankan gelaran atas faktor beraksi di laman sendiri walalupun KL City FC perlu mencari peluang menerusi serangan balas pantas.
Realitinya, JDT begitu sukar dikejutkan KL City FC pada final kali ini memandangkan mereka memiliki cara terbaik untuk berdepan dengan lawan yang pernah mengalahkan mereka pada final Piala Malaysia 2021 dengan keputusan 2-0. – MalaysiaGazette