Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Tujuh orang warga Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal pelancong tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia
pada petang tadi dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut dan
sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di butiran seperti di bawah:
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
Jalan H.R. Rasuna Said,
Kav. X/6, No. 1-3 Kuningan,
Jakarta Selatan 12950
Republik Indonesia
Telefon : +62 21 5224 947
Telefon : +62 813 8081 3036 (Pegawai Bertugas)
E-mel : [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette