JOHOR BAHRU – Empat buah kedai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Faiz Suleiman berkata, pihaknya yang mendapat maklumat berhubung insiden itu pada pukul 6.50 pagi mengerahkan 27 pegawai dan anggota beserta lima jentera ke Larkin Sentral.
“Kesemua kedai yang berukuran 25 meter persegi itu musnah antara 10 peratus hingga 90 peratus. Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Mohd. Faiz, selain pegawai dan anggota dari BBP Larkin, operasi pemadaman api yang dijalankan itu turut dibantu BBP Tebrau dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.25 pagi. – MalaysiaGazette