Foto Facebook Persikabo.

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak sah meninggalkan pasukan Liga 1 Indonesia, Persikabo.

Pengumuman mengejut ini dibuat kelab yang diberi julukan Laskar Padjajaran dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka.

Sementara itu, Bola.com melaporkan Aidil berbuat demikian kerana mahu menjaga ibunya yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura.

“Orang tua saya sedang sakit dan mendapatkan rawatan di hospital. Tentu saja itu menjadi tanggung jawab saya sebagai anak lelaki untuk merawatnya,” tulisnya.

Aidil mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah dan hanya dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan keluarganya.

Dengan meninggalkan pasukan semasa awal musim, ini memberi ruang kepada pengurusan kelab mencari pengganti beliau yang dapat membawa mereka ke hadapan selepas ini.

Kali terakhir Aidil membimbing Laskar Padjajaran ialah perlawanan menentang Bhayangkara di mana mereka meraih kemenangan 3-1.

Diapercaya dengan kualiti yang dimiliki para pemain Persikabo musim ini, tidak mustahil kelab ini mampu melakar pencapaian lebih baik untuk musim 2023/2024.

“Saya sudah sampaikan kepada pemain saat saya pergi, kalau mereka adalah pemain-pemain yang memiliki kualiti bagus dan saya yakin, mereka mampu membawa Persikabo 1973 berprestasi atau lebih baik dari musim lalu,” tambahnya.

Ketika ini, Persikabo menduduki tangga ke-13 Liga 1 Indonesia selepas mengharungi empat perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast