Berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi menyentuh perasaan rakyat yang mendapat faedah daripada inisiatif Payung Rahmah yang diperjuangkan oleh Allahyarham.
Rata-rata yang ditemui MalaysiaGazette tidak dapat menahan perasaan sebak dan mengakui kerja keras Allahyarham membantu rakyat marhaen meneruskan kehidupan. Allahyarham Salahuddin meninggal dunia jam 9.23 malam, 23 Julai 2023 selepas menjalani pembdedahan akibat pendarahan otak.