Bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Belian bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia berlanjutan ke minggu kedua berturut-turut pada kadar sederhana RM179.0 juta, berbanding RM570.9 juta seminggu lalu.

Jumlah itu mengambil kira minggu dagangan yang pendek kerana cuti umum Awal Muharram pada hari Rabu.

Pelabur asing memberi sebanyak RM56.3 juta pada hari Isnin, RM71.0 juta (Khamis) dan dan RM61.7 juta (Jumaat).

MIDF Research berkata, pelabur asing hanya menjual RM10.1 juta pada hari Selasa.

Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing minggu lepas ialah utiliti (RM107.0 juta), teknologi (RM73.5 juta) dan pembinaan (RM68.4 juta).

Tiga sektor terbawah dengan aliran keluar bersih ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM103.1 juta), perkhidmatan kewangan (RM35.8 juta) dan REIT (RM11.2 juta).

Setakat ini, pelabur asing telah menjual bersih RM3.70 bilion, kata firma penyelidikan itu.

Tambahnya, pelabur institusi masih melakukan jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut, sebanyak RM91.3 juta.

Mereka membeli ekuiti sebanyak RM9.8 juta pada hari Isnin dan RM2.8 juta pada hari Selasa sebelum jualan RM49.0 juta pada Khamis dan -RM54.9 juta pada hari Jumaat.

Setakat ini, institusi tempatan telah membeli sebanyak RM3.53 bilion ekuiti di Bursa Malaysia.

Seperti institusi tempatan, pelabur runcit juga dijual bersih untuk minggu kedua berturut-turut pada RM87.7 juta

Mereka hanya beli bersih RM7.2 juta pada hari Selasa dan jual RM66.1 juta pada hari Isnin, RM22 juta (Khamis) dan RM6.8 juta (Jumaat).

Jumlah belian bersih pelabur runcit sebanyak RM165.8 juta setakat ini.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 2.9% manakala pelabur runcit dan institusi tempatan menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak 6.8% dan 17.4%. – MalaysiaGazette