P. Ramasamy, Chong Eng dan M. Satees antara nama yang digugurkan DAP Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – “Mana-mana ahli politik DAP yang bertanding sebagai calon bebas akan hilang keahlian secara automatik,” kata Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya yakin tiada ahli daripada parti itu akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

“Memang prinsip kita kalau mana-mana ahli parti (DAP) bertanding sebagai calon bebas mereka akan hilang keahlian mereka secara automatik.

Anthony Loke.

“Tapi saya yakin dan percaya perkara ini tidak berlaku walaupun ada yang tidak dicalonkan mereka tidak akan sesekali bertanding sebagai calon bebas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon-calon DAP Pulau Pinang dan Kedah di Hotel Jen, di sini, hari ini.

Terdahulu, tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan DAP pada PRN15 iaitu P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).

Sementara itu, Anthony Loke memberitahu, proses menggugurkan calan lama bagi memberi laluan kepada muka baharu adalah proses biasa, sekali gus memastikan parti kekal relevan.

Jelas beliau, pelbagai pertimbangan juga dilakukan sebelum calon tersebut digugurkan termasuk faktor parti akan ketinggalan daripada segi melakukan pembaharuan.

“Sebagai contoh Ramasamy (Perai) telah berkhidmat tiga penggal sebagai Timbalan Ketua Menteri, manakala Chong Eng (Pangkalan Kota) pula merupakan Ahli Parlimen sejak 1995 serta enam penggal dalam DUN.

“Satu hari nanti mungkin saya juga akan digantikan, jadi saya ingin nyatakan bahawa parti lebih besar daripada mana-mana pemimpin, tidak ada seorang pemimpin yang tak boleh digantikan malah Lim Kit Siang pun bersara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.