KUALA LUMPUR – Sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di kedua-dua arah ditutup disebabkan kejadian tanah mendap (sinkhole) di KM66.2, berhampiran Plaza Tol Bentong.
ANIH Berhad yang mengesahkan penutupan itu berkata, semua pengguna yang ingin ke Kuala Lumpur dari Kuantan diarahkan keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat.
Tambahnya, pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke Kuantan akan dilencongkan ke
persimpangan Central Spine Road (CSR).
“Kenderaan yang menggunakan Central Spine Road (CSR) dari Pantai Timur boleh
meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
“Namun begitu, pengguna dari Kuala Lumpur yang bertujuan ke Gua Musang perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula melalui persimpangan CSR Bentong,” kata pengendali KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut ANIH, punca kejadian masih dalam siasatan dan pengguna dinasihati menggunakan laluan alternatif .
Tambahnya, pasukan teknikal ANIH Berhad, LPT Ronda dan pihak polis sedang membantu mengarahkan kenderaan untuk menggunakan lencongan laluan alternatif yang disediakan.
Katanya, ANIH Berhad sentiasa bersedia dan memberi jaminan kepada pengguna lebuhraya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.
Pengguna lebuhraya dinasihati untuk mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi, ujarnya.
Sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter
@LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya
Pantai Timur untuk maklumat lebih lanjut.
Maklumat terkini juga bolehdidapati dari Youtube @ANIH TV atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 1-700- 818-700. – MalaysiaGazette
Sinkhole sudah sampai negara ini?
Sama2 tunggu sinkhole bersejarah antara Mekah dan Madinah. Akan lahir pemimpin agung umat Islam.