KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Program Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di ibu negara esok.
Perdana Menteri dijangka melancarkan program tersebut yang akan bermula pukul 9 pagi.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar memberitahu, program itu merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Esok saya akan meluncurkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Nantikan, Insya-Allah,” katanya. – MalaysiaGazette