Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini susulan penemuan mayat warga emas di tempat letak kereta di sebuah hotel di Genting Highlands, Bentong, petang semalam.

Mangsa, seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui terlentang dengan kesan cedera di bahagian mulut, mata dan muka.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek di lobi hotel.

Kedua-duanya kemudian beredar ke tempat letak kereta di hotel berkenaan dan bergaduh lagi.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca dari salah faham dan tidak puas hati antara suspek dan mangsa berkaitan bilik hotel,” katanya.

Semakan rekod jenayah mendapati suspek, seorang warga tempatan berusia 38 tahun mempunyai pelbagai rekod jenayah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast