Para penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersorak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi N.16 Sungai Tua, N.17 Gombak Setia dan N.18 Hulu Kelang di SMK Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 29 JULAI 2023.

GOMBAK – Lapan calon disahkah bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang pada 12 Ogos ini.

Calon DUN Sungai Tua ialah Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH) ditentang Muhammad Hanif Jamakuddin (PN) dan Suman Gopal (Bebas).

Bagi DUN Setia Gombak, juga tiga penjuru melibatkan Datuk Megat Zulkarnain Omarein (PH), Muhammad Hilman Idham (PN) dan calon bebas, Mohd Salim Ali.

DUN Hulu Kelang pula menyaksikan Mohamed Azmin Ali (PN) ditentang calon dari PH, Juwairiyah Zulkifli.

Keputusan pertandingan bagi tiga DUN dalam Parlimen Gombak ini diumumkan Pegawai SPR masing-masing dari jam 11.45 hingga 12 tengah hari. – MalaysiaGazette