JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyasarkan pembinaan 500 unit Rumah Kasih Johor (RKJ) untuk golongan miskin tegar di negeri ini, dalam tempoh lima tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, bermula September ini, sebanyak 50 buah unit RKJ bakal dibina dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta.
“Kita telah melantik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd (KPRJ) sebagai kontraktor yang akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada 1 September tahun ini, dan dijangka selesai pada bulan Mac atau April 2024.
“Syarat penerima ialah mesti memiliki kad e-Kasih atau tanah. Kita memang memberi fokus kepada golongan miskin tegar dan ada tanah.
“Purata setiap daerah akan ada empat atau lima orang penerima untuk tahun ini,” katanya di sini. – MalaysiaGazette