KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu pertemuan dengan syarikat-syarikat pengendali parcel hailin (p-hailing) pada 8 Ogos ini.
Kementerian Pengangkutan berkata, pertemuan ini susulan perjumpaan perdana menteri dengan penghantar-penghantar perkhidmatan p-haialing pada 22 Julai lalu bagi memahami cabaran yang dihadapi mereka.
“Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan pekerja phailing dan terus komited dalam usaha memelihara kesejahteraan mereka di samping
memastikan kemampanan pembangunan industri p-hailing selaras dengan konsep Malaysia Madani,” kata kementerian tersebut.
Sejurus selepas pertemuan dengan pekerja-pekerja p-hailing, Anwar berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan semua penyedia perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan bagi membincangkan semua perkara termasuk rungutan kadar bayaran terlalu rendah.
“Bagi saya tempoh satu minggu, …tetapkan masa dan jumpa dia untuk sampaikan pandangan tuan-tuan (penghantar p-hailing) bahawa kadar itu terlalu rendah,” katanya ketika menjawab soalan daripada pekerja p-hailing yang hadir pada perjumpaan tersebut. – MalaysiaGazette